Republik Afrika Tengah di Sukan Olimpik Musim Panas 2020
Republik Afrika Tengah di Sukan Olimpik Musim Panas 2020

Republik Afrika Tengah di Sukan Olimpik Musim Panas 2020

Republik Afrika Tengah telah menyertai Sukan Olimpik Musim Panas 2020 di Tokyo, Jepun. Kejohanan ini pada asalnya dijadualkan berlangsung dari 24 Julai hingga 9 Ogos 2020, tetapi ditangguhkan ke 23 Julai hingga 8 Ogos 2021 akibat pandemik COVID-19.[1] Ia merupakan penyertaan kesepuluh Republik Afrika Tengah dalam Sukan Olimpik Musim Panas sejak 1968. Republik Afrika Tengah pernah gagal untuk mendaftarkan atletnya di Sukan Olimpik Musim Panas 1972 di Munich, dan pernah menyertai boikot yang diketuai negara-negara Afrika dan Amerika Syarikat masing-masing pada 1976 dan 1980.

Republik Afrika Tengah di Sukan Olimpik Musim Panas 2020

Kod IOC CAF
NOC Majlis Olimpik dan Sukan Antarabangsa Republik Afrika Tengah
Peserta 2 dalam 2 sukan
Pembawa bendera Chloe Sauvourel
Francky Mbotto
Pingat Emas 0 Perak 0 Gangsa 0 Jumlah 0